SEMINAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER ABAD 21 - TRANSFORMASI JIWA DAN MINDA, MELESTARIKAN KECEMERLANGAN PSS

Ditulis oleh SURIYATI ABD MAJID pada . Posted dalam Unit Pusat Sumber Pendidikan

Pada 16 April 2019 (Selasa), bertempat di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson telah dilaksanakan satu Seminar Pengurusan Pusat Sumber Abad 21 yang bertemakan Transformasi Jiwa dan Minda, Melestarikan Kecemerlangan PSS. Seminar ini telah dihadiri oleh 300 peserta-peserta yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media, Pegawai Teknologi Pendidikan dan pentadbir sekolah dari sembilan buah negeri di Malaysia iaitu Negeri Sembilan sebagai tuan rumah, Melaka, Johor, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 

Seminar ini merupakan anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dan Persatuan Pengguna Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (PESUMBER). Cenderahati berupa chocolate bouquetsnote book, lanyard dan ID tag adalah sumbangan daripada PESUMBER untuk penceramah-penceramah serta peserta-peserta seminar.

Penceramah-penceramah yang dipilih pula merupakan individu yang sangat mahir dan pakar dalam bidang masing-masing iaitu Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd. Mustar (CEO Perbadanan Kota Buku), Puan Fadzliaton binti Zainudin (Ketua Unit, Unit Penyelarasan Dasar, BSTP) dan Prof. Madya Dr. Noraini binti Mohamed Noh (Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pendidikan, UPSI). Moderator yang berperanan penting dalam menghidupkan sesi soal jawab semasa seminar ialah Tuan Adam @ Karim bin Haji Abdul Malek (Pengetua, SMK Seremban Jaya 2). Tugas sebagai pengacara majlis sepanjang seminar berlangsung serta Majlis Penutupan Seminar dan Pelancaran Buku Modul Literasi Bacaan dalam NILAM (Orientasi PISA) telah diterajui oleh Puan Suriyati binti Abd. Majid (Pegawai Teknologi Pendidikan, UPSP BTPNNS).

Tajuk Ucaptama seminar adalah seperti berikut:

  • Puan Fadzliaton binti Zainudin : Transformasi Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Pendidikan Digital
  • Prof. Madya Dr. Noraini binti Mohamed Noh : Kompetensi GPM Pemangkin Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah
  • Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd. Mustar : Promosi PSS - Dalam Usaha Menarik Bangsa Bertatih Membaca kepada Bangsa Membaca

Turut diadakan pada hari yang sama ialah pelancaran buku Modul Literasi Bacaan dalam NILAM (Orientasi PISA). Pembina-pembina modul ini terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNNS/ PKGNS, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Jurulatih Utama PISA Kebangsaan. Manakala penasihat modul ini pula merupakan Dr Diljit (Pensyarah UM), En. Rozlan bin Mohamad Noor (ITBM) dan pencetus idea kepada terlahirnya modul ini adalah mantan Ketua Penolong Pengarah BTPNNS iaitu Tuan Abdullah bin Yussuf. 

Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada penyumbang peralatan media iaitu Israk Solution Sendirian Berhad serta pempamer-pempamer buku yang terlibat sepanjang dua hari berprogram di Auditorium. Majlis penutupan seminar dan pelancaran modul ini telah disempurnakan oleh Tuan Roslee bin Ahmad, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. 

 PAUTAN GAMBAR-GAMBAR SEMINAR