MESYUARAT GURU PENYELARAS FROG VLE SEKOLAH AHLI PKG AMPANGAN BIL.1/ 2019.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan dilaksanakan oleh PKG
Ampangan. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk melaporkan pencapaian KPI Penggunaan
murid dan laporan khidmat bantu bersepadu PKG ke sekolah dalam Pembelajaran
Persekitaran Maya (Frog VLE) beserta pembentangan perancangan sekolah ahli PKG
Ampangan untuk tahun ini.


3. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk memberi pelepasan kepada Guru
Penyelaras Frog VLE di sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat
tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut:


Tarikh : 27 Februari (Rabu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Taman Tuanku Jaafar 2,

Tmn Tuanku Jaafar,
71450 Seremban, Negeri Sembilan.

Agenda : Lampiran 1


4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Norlida Akmar Binti A.Aziz, Pegawai
Teknologi Pendidikan PKG Ampangan di talian 06-7615854.Kerjasama dan komitmen pihak
tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSIH·MUAFAKAT·SEJAHTERA”


Saya yang menjalankan amanah

 

LINK BAHAN : 

http://bit.ly/PKGAMPMESYJKPABIL12019

 

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

icomygov icomampu icojpa icospa  icomsc4 icohrmis icointan