PRA PENILAIAN CALON ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN 2019

 

20 Feb - Bertempat di SK Lavender Heights, lawatan pra penilaian telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNNS. Pegawai yang hadir sebagai penilai adalah Puan Suriyati binti Abd Majid, Puan Juarina binti Hassan, dan Puan Chua Pei Pei. Kedatangan pegawai penilai telah disambut oleh Guru Besar Tuan Haji Nor Aziff bin Jinoh dan GPK Pentadbiran Puan Fahita bt Mohamad serta pegawai PKG Ampangan iaitu Puan Norlida Akmar bt A. Aziz dan Puan Azlin binti Mohamed Sharuddin.

 

Sepanjang proses penilaian, Guru Besar dan semua guru yang terlibat telah mengiringi Pegawai penilai semasa melawat ke bilik-bilik khas seperti Bilik Kesihatan, Bilik J-Qaf, Bilik Kaunseling, Bilik SPBT, Bilik Muzik, Makmal ICT dan Makmal Sains, laluan ilmu, taman sumber serta sudut-sudut ilmu di sekitar sekolah. Turut juga dijalankan ialah pembentangan Pusat Sumber Sekolah disampaikan oleh Puan Rohayu binti Salam, Guru Perpustakaan dan Media, SK Lavender Heights. Selesai pembentangan, pegawai penilai menyemak dokumen dan fail pengurusan PSS di perpustakaan. Sesi penilaian berakhir pada sebelah petang selepas rumusan dibuat oleh Ketua Pra Penilaian. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih diatas teguran dan penambahbaikkan yang telah dikongsi semasa penilaian dilaksanakan.

 

WhatsApp Image 2019 02 21 at 12.05.01 1WhatsApp Image 2019 02 21 at 12.05.01

 

 

 

Login Staff

PPPM 2013 - 2025
Panduan MBMMBI
ICT

ssts
SSQS

Media Pendidikan

portal e guru
eduwebtv
ealqamus

1Bestarinet

1BNselfcare
frogvle
dashboard

Meja Bantuan

helpdeskinilam

icomygov icomampu icojpa icospa  icomsc4 icohrmis icointan